Friday 13 June 2014

Peluang Jana Pendapatan


Selamat datang ke dunia Shaklee - di mana Falsafah, Produk dan Rancangan Perniagaan kami bersatu bagi mewujudkan Peluang Shaklee.

Pelan Jualan Shaklee merupakan satu program yang unik dari segi kewangan, ganjaran insentif, perkembangan jualan serta kepimpinan.

Ia membantu rangkaian perniagaan dalam mewujudkan sebuah organisasi yang kukuh.

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, Shaklee sekali lagi menawarkan cara-cara menambahkan kewangan dan gaya hidup yang memuaskan.

Pelan Jualan Menarik Shaklee


Program Ganjaran Tunai

Bonus Kumpulan Peribadi (21%) 

Bonus Peribadi Bersih merupakan pendapatan yang dibayar oleh Shaklee berdasarkan jumlah PV Kumpulan 

Bulanan anda. Peratusan Bonus Peribadi Kasar diambilkira melalui UV kumpulan anda. 

Peratusan ini akan meningkat seiring dengan kenaikan tanggungjawab kepimpinan anda bilamana anda menaja pengedar baru masuk ke dalam kumpulan anda. 

Untuk melayakkan diri menerima Bonus Peribadi, Pengedar mestilah mempunyai paling minimum 30 UV Peribadi dalam bulan pembayaran bonus.

Bonus Kempimpinan (21%) (sehingga 6 paras ke atas)

Anda layak menerima Bonus Kepimpinan apabila anda melahirkan Pemimpin Jualan yang baru di dalam organisasi anda (“break out”). 

Bonus Kepimpinan dibayar kepada semua Pemimpin Jualan yang layak dan menepati prestasi yang digariskan untuk bonus ini.

Bonus Kepimpinan dibayar berasaskan pada PV Kumpulan sehingga Pemimpin Jualan tahap ke-enam. 

Pembayaran bonus ini berasaskan jumlah sebenar Kiraan Mata pada Tahap Pertama (First Level Point Count) dalam kumpulan tersebut.

Insentif Coordinator (sehingga 1.5%) 

Bonus Insentif Khas Shaklee (Insentif Coordinator) merupakan satu insentif dan ganjaran bagi prestasi perniagaan cemerlang yang ditawarkan kepada pangkat Coordinator dan ke atas, yang layak.

Program Kereta


Program Subsidi Kereta Shaklee ialah program insentif yang ditaja khas oleh Shaklee untuk semua para Pemimpin Jualan Shaklee yang menepati syarat-syarat yang ditentukan.

Pemimpin Jualan yang menepati syarat kelayakan akan mendapat kredit kereta setiap bulan dimana mereka perlu memenuhi syarat perlaksanaan Program Kereta ini secara minimum. 

Program Konvensyen/ Insentif


Sebaik sahaja anda mencapai pangkat Supervisor, anda telah mula mendapat mata terkumpul untuk Program Konvensyen Shaklee. 

Destinasi dan kelayakan UV bagi setiap konvensyen berbeza pada setiap tahun. Sila rujuk Brosur Konvensyen/insentif untuk keterangan lanjut.

Shaklee Malaysia

Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.

Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.


Keahlian Korporat

Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)


Layari DSAM Website atau semak Tataran DSAM yang lengkap

DSAM – Lambang Jualan Langsung Beretika

Diasaskan dalam tahun 1978, Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) merupakan persatuan perdagangan nasional yang bertujuan untuk meningkatkan industri jualan langsung serta menjadi suara bidang industri. DSAM amat komited bagi memastikan keadilan dan amalan-amalan beretika dipraktikkan dalam aktiviti jualan langsung di pasaran. DSAM percaya dengan peraturan diri dan untuk menyemai semangat dan amalan jualan langsung beretika dalam syarikat-syarikat anggotanya. DSAM telah menggunapakai Code of Conduct ketat yang mana syarikat-syarikat anggota perlu mematuhi arahannya dalam setiap aspek mereka perniagaan mereka.

Shaklee – Ahli Unggul

Shaklee menyertai Persatuan Jualan Langsung Malaysian pada tahun 1995 dan komited pada amalan-amalan perniagaan yang beretika dan perkhidmatan pengguna. DSAM Code of Conduct menyediakan satu rangka kerja bagi perilaku bagi pengguna-pengguna dan penjual langsung; menjalankan antara syarikat-syarikat jualan langsung dan kod penguatkuasaan. Ia memastikan yang syarikat-syarikat anggotanya, seperti Shaklee, tidak akan membuat kenyataan-kenyataan atau janji-janji yang mungkin mengelirukan sama ada pengguna-pengguna atau prospektifnya.

Shaklee Cares

Shaklee Cares merupakan satu program komuniti sejajar dengan falsafah Shaklee. Ia dilaksanakan bersama oleh Para Pengedar Shaklee juga Home Team. Kami sentiasa berhasrat untuk membantu lebih ramai golongan yang kurang bernasib baik serta menyebarkan kesedaran di kalangan orang awam tentang kepentingan dan keharmonian alam sekitar serta kehidupan yang sihat.

Aktiviti-aktiviti Shaklee Cares termasuk:

• Perkhidmatan masyarakat
• Ceramah Penjagaan Kesihatan
• Program- program Alam Sekitar “Hari Hijau”

Falsafah Shaklee

Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti kebanyakan individu lain yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan masyarakat, turut mempunyai keyakinan, kegharirahan dan falsafahnya yang tersendiri.

Dr Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam semula jadi yang mampu menjadi penawar terbaik. Namun, beliau akur yang jika alam semesta tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan isu pemanasan global dan terbiodegradasi sebelum ianya dilaung-laungkan lagi.

Daripada prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk pemakanan semula jadi dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses gabungan ciptaan sains dan alam semula jadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang berasaskan Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.

Ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa Shaklee dipasarkan melalui cara begini. Puluhan ribu rakyat berbilang umur dan daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh pelusuk dunia bergabung membentuk satu komuniti yang hebat untuk memasarkan produk kesihatan tersebut secara langsung. Mereka adalah insan yang mempunyai visi dan kecekalan untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk diri mereka serta insan lain dan mereka jugalah yang telah mencipta pertubuhan dermawan seperti Shaklee Cares.
  
Kini, generasi baru telahpun menemui dan mengenali Perbezaan Shaklee (Shaklee Difference) dan menyertai komunitinya.

Kisah Dr. Shaklee

Sr Dr Forrest C Shaklee, muncul di tengah-tengah bandar Amerika,lahir pada tahun1894 di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau memberi seluruh jiwa raganya kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah memberi inspirasi kepada jutaan kehidupan. Melalui falsafahnya dan syarikat yang diciptanya, beliau telah merubah kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat seluruh dunia.

Dengan menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi dalam memcipta kesihatan yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah mengasaskan Produk Shaklee dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr. dan Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen. Manakala, rancangan jualan syarikat secara kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah Dr Shaklee "Thoughtsmanship."

Selepas perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan mula tertumpu kepada penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan yang mana tradisi tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya pemakanan dalam kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu dan lebih banyak disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan seperti ini, banyak syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam penubuhannya.

Bermula dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956, diikuti dengan pertumbuhan pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia masih kekal berlandaskan falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu Mesra dengan Alam.

Dr Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam kerjayanya, termasuk pengiktirafan khas daripada California Secretary of State. Dalam tahun 1975, dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden dan Pengerusi Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan Pengerusi Emeritus Shaklee Corporation, satu kedudukan yang disimpan sehingga kematiannya dalam 1985 ketika berusia 91. Dalam pengiktirafan yang banyak diterimanya, nama Dr Shaklee telah banyak muncul dalam beberapa penerbitan seperti Who's Who in the West, Who's Who in America, Who's Who in the World dan the International Register of Profiles.

Hari ini, Shaklee berdiri teguh sebagai sebuah tugu wawasan, kecerdikan dan keyakinan Dr Shaklee. Melalui wawasannya beliau telah meningkatkan banyak kehidupan dan memperbaiki kesihatan ribuan masyarakat di seluruh dunia. Falsafah "Thoughtsmanship"nya amat sesuai dan berkesan sejak diterbitkan dari dahulu hingga kini. Syarikat yang berdiri teguh hari ini adalah hasil titik peluh dan satu penghormatan hidup untuk seorang pemimpin yang bervisi dengan suatu falsafah luar biasa.

Kenali Shaklee

Shaklee Malaysia

Selamat datang ke Shaklee, sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.

Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”



Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.

Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.

Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.

Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.